Tuesday, June 2, 2009
18 Mei 2009 satu Kelahiran Baru..
Alhamdulillah..Syukur kepada Allah Taala kerana telah mengurniakan kami seorang anak lelaki setelah 2 Tahun Perkhawinan kami. Kami nama kan anak ini dengan nama Muhammad Muaz.. nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Doa kami agar Muhammad Muaz dapat menjadi seorang anak yang soleh dan sebagai pejuang agama Allah (Islam) di Muka bumi ini. Insya'Allah...
Sebenarnya Muaz adalah anak yang kedua dilahirkan oleh ibunya Rosmaini bt. Ismail.. yang pertama anak perempuan, kami Namakan Nurul Jannah. Anak ini meninggal dalam kandungan ibunya ketika berumur 7 bulan di dalam kandungan dan dikeluarkan dari kandungan pada 18 Mei 2008. Subhanallah, Muaz lahir setahun kemudian pada tarikh yang sama dengan kakaknya iaitu 18 Mei..dan pada waktu yang hampir sama iaitu pada waktu maghrib. Hebatnya Kuasa Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment